Get Mystery Box with random crypto!

JIKA MENABUNG RM500 SEBULAN APA KITA DAPAT? Budayakan menabun | Teknik Viral ASBF

JIKA MENABUNG RM500 SEBULAN APA KITA DAPAT?

Budayakan menabung dalam hidup kita.

Selagi kita tak suka menabung dan cipta alasan untuk menabung, hidup kita akan susah.

"Macam mana nak menabung bang, gaji cukup cukup makan jer?"
"Usahakan tambah pendapatan"

"Macam mana nak menabung bang, gaji kecik jer"
"Besarkan pendapatan kita"

"Macam mana nak menabung bang, barang semua mahal"
"Kecikkan nafsu kita dik"

Adik adik,

Menabung ini bermula dengan kesedaran, bukan bermula dengan gaji besar.

Ramai orang gaji besar pun tak ada tabungan.

Menabung bukan bermula dengan alasan,
ia bermula dengan kesedaran.

"Malaslah menabung bang, bukan boleh kaya pun".

"Setuju, menabung tak boleh kaya. Tetapi setidaknya hidup kita tidak meminta minta. Malu bro mintak duit KWSP kerajaan palau macam tu sahaja!"

Credit : Azizul Azli Ahmad