Get Mystery Box with random crypto!

𝙎𝙐𝙍𝘼𝙏 𝙎𝙄𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙆𝙋𝙈 𝘽𝙄𝙇. 3 𝙏𝘼𝙃𝙐𝙉 2023: 𝙂𝘼𝙍𝙄𝙎 𝙋𝘼𝙉𝘿𝙐𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙇𝘼𝙆𝙎𝘼𝙉𝘼𝘼𝙉 | Majlis Sukan Sekolah Johor

𝙎𝙐𝙍𝘼𝙏 𝙎𝙄𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙆𝙋𝙈 𝘽𝙄𝙇. 3 𝙏𝘼𝙃𝙐𝙉 2023: 𝙂𝘼𝙍𝙄𝙎 𝙋𝘼𝙉𝘿𝙐𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙇𝘼𝙆𝙎𝘼𝙉𝘼𝘼𝙉 𝘼𝙆𝙏𝙄𝙑𝙄𝙏𝙄 𝙇𝙐𝘼𝙍 𝙄𝙉𝙎𝙏𝙄𝙏𝙐𝙎𝙄 𝙋𝙀𝙉𝘿𝙄𝘿𝙄𝙆𝘼𝙉 𝘽𝘼𝙒𝘼𝙃 𝙆𝙋𝙈 𝙎𝙀𝙈𝘼𝙎𝘼 𝘾𝙐𝘼𝘾𝘼 𝙋𝘼𝙉𝘼𝙎

KPM menetapkan bahawa aktiviti luar bilik darjah boleh dilaksanakan dalam keadaan suhu kurang daripada 35°C tetapi dengan langkah kawalan dan tahap berjaga-jaga yang tinggi. Keadaan suhu semasa boleh dirujuk melalui laman sesawang MetMalaysia, https://www.met.gov.my.

𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Berikut merupakan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat makluman berkenaan Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Menghadapi Cuaca Panas bernombor rujukan KPM.600-17/1/-18 Jld.6 (52) bertarikh 5 Mei 2023 bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas yang tidak menentu.

Namun, setelah meneliti perkara tersebut KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.

Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan memaklumkan berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas. Garis Panduan ini dapat menjadi rujukan kepada semua institusi pendidikan bawah KPM agar dapat mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya terhadap aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid bagi mengurangkan komplikasi akibat cuaca panas semasa melaksanakan aktiviti luar bilik darjah. Garis panduan ini hendaklah dipatuhi supaya kesan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan seperti hipertermia atau strok haba dan dehidrasi dapat dielakkan.

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan hendaklah memastikan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas dirujuk dan dipatuhi. Garis panduan ini boleh dimuat turun daripada laman sesawang KPM melalui pautan https://www.moe.gov.my.