Get Mystery Box with random crypto!

𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗟𝗘𝗧 𝗞𝗘 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 & 𝗥𝗘𝗞𝗥𝗘𝗔𝗦𝗜 ( | Majlis Sukan Sekolah Johor

𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗟𝗘𝗧 𝗞𝗘 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 & 𝗥𝗘𝗞𝗥𝗘𝗔𝗦𝗜 (𝗙𝗦𝗥) 𝗨𝗶𝗧𝗠

- 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗔𝗧𝗟𝗘𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗢𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡

Pusat Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR) ingin mempelawa atlet-atlet warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi dalam bidang-bidang sukan berkaitan untuk menyambung pelajaran di UiTM.

𝐂𝐀𝐑𝐀-𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat boleh klik pautan di bawah untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian (online) dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

Pautan Borang : https://forms.gle/8NumdkcRFycvcvdZA

𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡
1. Sekurang-kurangnya mewakili negeri ke kejohanan kebangsaan.
2. Penglibatan sukan secara aktif dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini bolehlah merujuk kepada:

Unit Kecemerlangan Sukan
Pusat Sukan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

E-mel : pksuitm2021@gmail.com
WhatsApp : (03) 5543 5604 / (03) 5543 5609