Get Mystery Box with random crypto!

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗝𝗨𝗥𝗨𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯 Persa | Majlis Sukan Sekolah Johor

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗝𝗨𝗥𝗨𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯

Persatuan Lawan Pedang Negeri Johor (JFA) dengan kerjasama Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF) akan menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Sukan Lawan Pedang Tahun 2023 pada 18 hingga 22 Jun 2023 bertempat di Johor Bahru.

Guru-guru dan penggiat-penggiat sukan negeri Johor yang berminat untuk menyelaras atau mewujudkan kelab sekolah/persendirian, bekas atlet lawan pedang yang ingin menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan adalah amat digalakkan untuk menyertai kursus ini. Kursus ini juga terbuka kepada penyertaan luar Johor (10 slot sahaja).

Jika berminat, boleh imbas Kod QR atau klik lin daftar https://forms.gle/TbXEPfhpx7A9csKt6 untuk menempah slot anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor urus setia pendaftaran yang terdapat di dalam borang.

#JFencing
#JohorFencing