Get Mystery Box with random crypto!

PANDANGAN ASB 2023 Dividen ASB 2022 Kita semua sedia maklum | Teknik Viral ASBF

PANDANGAN ASB 2023

Dividen ASB 2022

Kita semua sedia maklum agihan pendapatan ASB 2022 adalah lebih rendah berbanding tahun 2021. Namun jika dibandingkan dengan unit amanah lain, pulangan ASB adalah lebih baik kerana terdapat dana-dana lain yang negatif. ASB masih positif 4.6%.

Selain daripada faktor kelembapan ekonomi, Covid, dan isu politik negara yang semua sedia maklum, terdapat satu lagi faktor kenapa pulangan dividen ASB rendah pada tahun 2022. Faktor tersebut adalah Prosperity Tax (Cukai Kemakmuran).

Cukai Kemakmuran ialah langkah cukai sekali sahaja yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan dalam Bajet 2022, di mana pendapatan bercukai syarikat yang melebihi RM100 juta akan dikenakan cukai pada kadar 33%, bukannya kadar 24% seperti sebelum ini. Cukai dikenakan ke atas pendapatan bercukai syarikat dan bukan keuntungan bersihnya.

Maknanya syarikat-syarikat ini terpaksa membayar lebihan 9% cukai kepada kerajaan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ini kerana kerajaan telah berbelanja besar untuk mengatasi pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021. Jadi untuk mengganti perbelanjaan tersebut, kerajaan terpaksa mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat besar.

Dana ASB pula kebanyakannya dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat berkenaan. Apabila syarikat dikenakan cukai yang lebih tinggi, maka pulangan pelaburan yang diberikan kepada pelabur juga berkurang. Seterusnya memberikan kesan kepada dividen ASB. Jika tiada cukai ini, pasti pendapatan ASB lebih tinggi.

Rujukan berkenaan Prosperity Tax

https://www.theedgemarkets.com/article/budget-2022-these-companies-may-be-subject-oneoff-33-prosperity-tax

Masa Hadapan Dana ASB

Untuk memastikan pulangan yang lebih baik di masa hadapan, pihak PNB akan melaksanakan beberapa strategi;

1. Salah satu strategi yang akan digunakan adalah meningkatkan pelaburan di luar negara. Buat masa ini, hanya sekitar 15% sahaja dilaburkan di luar. PNB mensasarkan peningkatan pelaburan sehingga 30%.

2. PNB juga akan memfokuskan pelaburan kepada syarikat yang stabil dan mampu memberikan dividen yang tinggi.

3. Melabur dalam syarikat yang sedang meningkat naik. Contohnya seperti Mr.DIY.

Tiada lagi Prosperity Tax

Prosperity tax hanya dikenakan pada tahun 2022 sahaja. Untuk tahun 2023 tidak akan dikenakan. Jadi syarikat-syarikat besar sudah pasti dapat memberikan pulangan pelaburan yang lebih baik. Jika syarikat dapat jimatkan 9% tax, kita pelabur ASB dapat extra 2-3% dividen pun dah ok sangat kan.

Ramalan 2023

Kajian firma-firma pelaburan mendapati terdapat potensi peningkatan pasaran saham Malaysia pada tahun 2023.

CGS-CIMB meramalkan peningkatan pasaran saham tahun 2023
https://www.bernama.com/en/business/news.php?id=2153175#:~:text=KUALA%20LUMPUR%2C%20Jan%204%20(Bernama,against%201%2C495%20at%20end%2D2022.

Rakuten Trade juga meramalkan peningkatan
https://www.theedgemarkets.com/node/650118

MIDF Research juga meramalkan peningkatan
https://www.theedgemarkets.com/article/midf-expects-klci-breach-1700-points-end2023-after-fed-pivot

Tindakan Pelabur

Bedasarkan penerangan tersebut, nampak macam ada sinar harapan untuk pulangan ASB semakin baik pada tahun ini. Sebagai pelabur, kita harus bagi peluang kepada PNB untuk menguruskan wang kita. Kita bagi chance setahun lagi. Kita tengok macam mana pulangan pada hujung tahun nanti. Kalau tak ok juga, boleh cuba option lain tahun hadapan.

Berdasarkan prestasi 2022, kita tak rugi pun. Cuma untung sedikit sahaja. Kalau kita nak keluarkan dan melabur tempat lain, belum tentu lagi untung dan risiko kerugian lebih tinggi. Menyimpan di ASB dijamin duit kita tidak akan susut kerana harga Unit kekal RM1.00. Lebih baik untung sedikit daripada rugi dan hilang modal. Bagi pelabur yang buat ASBF, kenalah ikut strategi yang betul.

Sekian, Terima Kasih.