Get Mystery Box with random crypto!

KENAPA BAKI HUTANG LAMBAT SUSUT? Kadang-kadang terjumpa ada o | Teknik Viral ASBF

KENAPA BAKI HUTANG LAMBAT SUSUT?

Kadang-kadang terjumpa ada orang share, dia buat ASBF tapi bila terminate lepas 5-6 tahun, surrender value (prinsipal) dapat sikit. Tak sama macam yang consultant selalu share. Maknanya baki hutang ASBF susut sikit sahaja.

Sebenarnya golongan ini mungkin buat ASBF tanpa ilmu yang betul. Ada 3 punca utama kenapa surrender value yang kita dapat tak banyak.

1. Takaful Yang Tinggi
Ada pelabur buat ASBF dan masukkan perlindungan takaful yang tinggi.

Contohnya;

ASBF 200K + Takaful cover 200K selama 30 tahun. Kos untuk takaful ini sekitar RM6-10K bergantung kepada umur. Lagi tua, lagi mahal. Bayaran untuk takaful akan dimasukkan ke dalam pembiayaan (loan).

Katakan kos untuk takaful RM7,000, jadi total loan adalah sebanyak RM207K. Jadi hutang bermula RM207K dan akan susut sedikit demi sedikit apabila bayaran bulanan dilakukan. Biasanya memerlukan tempoh 2-3 tahun untuk kurang daripada RM200K. Maknanya, 2-3 tahun pertama kita hanya bayar hutang pokok takaful sahaja. Sebab tu bila terminate awal contohnya 5 tahun, pulangan surrender value yang kita dapat tu tak banyak.

Takaful ada kebaikannya. Kalau kita ambil takaful, kemudian meninggal atau cacat kekal, takaful akan cover baki pembiayaan yang belum selesai. Bergantung kepada jumlah yang kita tentukan. So kalau nak ambil takaful, tak ada masalah. Boleh ambil. Cuma kena tahu la kesannya, iaitu baki hutang lambat susut kalau jumlah takaful yang diambil tinggi.

Untuk pelanggan saya, biasanya saya cadangkan ambil takaful minimum sahaja. Kalau nak berhenti lepas setahun pun boleh. Tak ada masalah. Pulangan prinsipal pun tak terjejas.

2. Moratorium (Penangguhan Bayaran)

Faktor kedua adalah moratorium. Rasanya majoriti rakyat Malaysia ambil moratorium automatik pada 6 bulan pertama dahulu. Ada juga yang sambung lagi moratorium tambahan.

Bila ambil moratorium, sudah pasti hutang semakin bertambah. Katakan bulanan RM1,000, bila tak bayar 6 bulan, maka akan bertambah hutang sebanyak RM6,000. Sudah tentu bila terminate ASBF, surrender value yang dapat tu akan berkurang dari kiraan asal.

Masalahnya ramai yang tak sedar bank dah bagi moratorium dulu. Mereka buat-buat lupa bila sampai waktu untuk bayar balik. Lepas tu rasa diri jadi mangsa.

3. "Restructure"

Ada juga sesetengah yang sambung moratorium dengan restructure bayaran balik. Contohnya bayar pada kadar separuh daripada yang sepatutnya. Jika installment bulanan normal RM1,000 tapi mereka hanya bayar RM500 sahaja.

Kes ini lebih berat kerana masih ada yang berlanjutan sehingga hari ini. Mereka bayar setiap bulan, tetapi jumlah hutang makin bertambah. Sebabnya bayaran separuh tersebut tak cukup pun untuk bayar interest. Macam mana nak bayar pokok? Ini seakan-akan mereka menambah hutang sebanyak RM500 setiap bulan.

Jika ada kes seperti ini, lebih baik hubungi bank untuk bayar ikut kadar normal. Kalau tak, lama kelamaan semakin banyak hutang yang akan ditanggung. Ia tak akan selesai sampai bila-bila.

Kenapa selalu Viral orang kata tak untung?

Selalunya memang benda buruk yang cepat viral. Yang elok jarang nak viral. Contoh mudah kalau kita tengok kes kemalangan jalan raya. Yang kemalangan dan viral tu 2-3 buah kenderaan sahaja setiap hari. Sedangkan berjuta-juta kenderaan yang berjaya sampai ke destinasi tak viral pun.

Sama juga macam ASBF ni. Beribu-ribu yang untung dan berjaya capai matlamat memang tak viral. Orang diamkan je. Bila ada satu dua kes yang rasa macam rugi, terus viral (rasa je, belum tentu lagi rugi - Rujuk semula 3 point di atas). Paling teruk ada orang yang tak faham dan tak tahu kira, lepas tu komen macam pakar. Sedangkan dia sendiri pun tak buat ASBF. Haha.

Kesimpulan

Sebelum melabur, fahamkan dulu strategi dan teknik yang sesuai dengan matlamat kita. Buat ikut kemampuan sendiri dan jangan ikut orang lain. Setiap orang berbeza kemampuan dan matlamat hidup.

Untuk permohonan ASB Financing, boleh terus tekan link di bawah;

wasap.my/60173524066/ApplyASBF