Get Mystery Box with random crypto!

Majlis Sukan Sekolah Johor

Logotipo del canal de telegramas mssjohor - Majlis Sukan Sekolah Johor M
Logotipo del canal de telegramas mssjohor - Majlis Sukan Sekolah Johor
Dirección del canal: @mssjohor
Categorías: Sin categoría
Idioma: Español
Suscriptores: 4.24K

Ratings & Reviews

4.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

0


Los últimos mensajes 2

2023-06-09 12:17:19
900 views09:17
Abrir / Cómo
2023-06-09 04:33:59 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 (𝗠𝗦𝗦𝗝) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 𝟎𝟕.𝟎𝟔.𝟐𝟎𝟐𝟑
𝐌𝐚𝐬𝐚 : 𝟎𝟗.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢

Sesi libat urus antara JPN Johor dan PPD ini telah dijalankan secara dalam talian tempoh hari bertujuan untuk perubahan Takwim MSSJ 2023.

Perkongsian Takwim MSSJ 2023 kepada infografik lebih menarik akan dikongsikan nanti. Semoga ianya bermanfaat untuk setiap sekolah menyusun semula jadual latihan dan penyertaan pelajar-pelajar ke Kejohanan MSSD & MSSJ 2023.
1.0K viewsedited  01:33
Abrir / Cómo
2023-06-09 04:33:19
1.0K views01:33
Abrir / Cómo
2023-06-09 04:08:29
𝐒𝐈𝐒𝐀 𝐀𝐒𝐀𝐏 𝐁𝐀𝐒𝐈 (𝐒𝐀𝐁)

Perbuatan merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan perokok tetapi juga orang sekeliling terutamanya kanak-kanak.

Apabila seseorang merokok, kesan-kesan sisa tembakau masih melekat pada baju, kulit dan rambut.

Sehubungan itu, orang sekeliling terutamanya kanak-kanak tidak boleh dianggap bebas daripada bahaya rokok apabila perokok merokok di luar bangunan.

Oleh itu, orang ramai terutamanya kanak-kanak hendaklah menjauhi perokok agar dapat mengurangkan risiko kesihatan yang berpunca daripada sisa asap basi seperti masalah saluran pernafasan, serangan asma, perkembangan otak terencat dan jangkitan paru-paru.
1.1K views01:08
Abrir / Cómo
2023-06-06 07:13:43
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐃𝐆𝐄𝐁𝐀𝐋𝐋 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇-𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

https://forms.gle/8GP5qBnzScT8aQgX8

Kump 1
Daerah : Tangkak, Muar dan Segamat
Tarikh : 3 Julai 2023
Tempat : SMK Bukit Gambir, Tangkak

Kump 2
Daerah : Batu Pahat, Kluang dan Mersing
Tarikh : 10 Julai 2023
Tempat : SMK Taman Sri Kluang, Kluang

Kump 3
Daerah : Kota Tinggi dan Asir Gudang
Tarikh : 16 Julai 2023
Tempat : KRAMSAU, Bandar Penawar

Kump 4
Daerah : Pontian, Kulai dan Johor Bahru
Tarikh : 24 Julai 2023
Tempat : SMK Bandar Tenggara, Kulai

Bayaran : RM40 seorang

Sekiranya ada pertanyaan berkaitan kursus ini, boleh berhubung dengan:
Pn Fatimatuzzahrah binti Roslan (012-7005041)
En Muhammad Amir Mubarak bin Kamarudin ( 017-6658428)

Terima kasih
4.2K viewsedited  04:13
Abrir / Cómo
2023-06-06 06:22:22 𝙎𝙐𝙍𝘼𝙏 𝙎𝙄𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙆𝙋𝙈 𝘽𝙄𝙇. 3 𝙏𝘼𝙃𝙐𝙉 2023: 𝙂𝘼𝙍𝙄𝙎 𝙋𝘼𝙉𝘿𝙐𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙇𝘼𝙆𝙎𝘼𝙉𝘼𝘼𝙉 𝘼𝙆𝙏𝙄𝙑𝙄𝙏𝙄 𝙇𝙐𝘼𝙍 𝙄𝙉𝙎𝙏𝙄𝙏𝙐𝙎𝙄 𝙋𝙀𝙉𝘿𝙄𝘿𝙄𝙆𝘼𝙉 𝘽𝘼𝙒𝘼𝙃 𝙆𝙋𝙈 𝙎𝙀𝙈𝘼𝙎𝘼 𝘾𝙐𝘼𝘾𝘼 𝙋𝘼𝙉𝘼𝙎

KPM menetapkan bahawa aktiviti luar bilik darjah boleh dilaksanakan dalam keadaan suhu kurang daripada 35°C tetapi dengan langkah kawalan dan tahap berjaga-jaga yang tinggi. Keadaan suhu semasa boleh dirujuk melalui laman sesawang MetMalaysia, https://www.met.gov.my.

𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Berikut merupakan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat makluman berkenaan Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Menghadapi Cuaca Panas bernombor rujukan KPM.600-17/1/-18 Jld.6 (52) bertarikh 5 Mei 2023 bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas yang tidak menentu.

Namun, setelah meneliti perkara tersebut KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.

Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan memaklumkan berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas. Garis Panduan ini dapat menjadi rujukan kepada semua institusi pendidikan bawah KPM agar dapat mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya terhadap aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid bagi mengurangkan komplikasi akibat cuaca panas semasa melaksanakan aktiviti luar bilik darjah. Garis panduan ini hendaklah dipatuhi supaya kesan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan seperti hipertermia atau strok haba dan dehidrasi dapat dielakkan.

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan hendaklah memastikan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas dirujuk dan dipatuhi. Garis panduan ini boleh dimuat turun daripada laman sesawang KPM melalui pautan https://www.moe.gov.my.
5.3K viewsedited  03:22
Abrir / Cómo