Get Mystery Box with random crypto!

Teknik Viral ASBF

Logotipo del canal de telegramas teknikviralasb - Teknik Viral ASBF T
Logotipo del canal de telegramas teknikviralasb - Teknik Viral ASBF
Dirección del canal: @teknikviralasb
Categorías: Economía
Idioma: Español
Suscriptores: 6.29K
Descripción del canal

Zero to Hero Teknik ASBF

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Los últimos mensajes 2

2023-03-16 06:34:58 Salam semua, mana yang ada ASB-i @ ASB Loan dengan Maybank yang dah lebih 3 tahun, kita boleh REFINANCE & boleh ambil CASH. Dalam masa sama dapat jimatkan installment dengan rate baru dan tempoh dapat dipanjangkan tanpa jual sijil ASB yang lama.

Semak Quotation dahulu secara PERCUMA. Jika setuju baru proceed. Rate 4.15%

Boleh whatsapp saya untuk lebih details

wasap.my/60173524066/ASBPlus
4.3K views03:34
Abrir / Cómo
2023-02-15 05:57:38 SPECIAL PROMO RATE 4.25%

Salam semua. Tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk promosi 4.25% bulan Februari. Apply sekarang dan mulakan simpanan awal bulan April 2023.

Islamic Financing

Tiada lock in period - Boleh terminate anytime.

Takaful fleksibel - Boleh pilih ikut kesesuaian masing-masing.

Tempoh maksimum 40 tahun @ sehingga umur 70 maksimum. Boleh guna formula 70 - umur sekarang.

High commitment boleh lulus kalau ada cash untuk bayar setahun terus.

CCRIS PTPTN boleh lulus.

CTOS kurang dari RM3,000 boleh lulus.

Bayaran Bulanan:

200K - RM868
190K - RM824
180K - RM781
170K - RM738
160K - RM694
150K - RM651
140K - RM608
130K - RM564
120K - RM521
110K - RM477
100K - RM434
90K - RM391
80K - RM347
70K - RM304
60K - RM261
50K - RM217

Bergantung kepada terma dan syarat.

Bagi sesiapa yang berminat untuk buat simpanan boleh wasap saya segera.

wasap.my/60173524066/SavingApril2023

Cover 1 Malaysia
4.8K views02:57
Abrir / Cómo
2023-02-13 16:30:23 KENAPA BAKI HUTANG LAMBAT SUSUT?

Kadang-kadang terjumpa ada orang share, dia buat ASBF tapi bila terminate lepas 5-6 tahun, surrender value (prinsipal) dapat sikit. Tak sama macam yang consultant selalu share. Maknanya baki hutang ASBF susut sikit sahaja.

Sebenarnya golongan ini mungkin buat ASBF tanpa ilmu yang betul. Ada 3 punca utama kenapa surrender value yang kita dapat tak banyak.

1. Takaful Yang Tinggi
Ada pelabur buat ASBF dan masukkan perlindungan takaful yang tinggi.

Contohnya;

ASBF 200K + Takaful cover 200K selama 30 tahun. Kos untuk takaful ini sekitar RM6-10K bergantung kepada umur. Lagi tua, lagi mahal. Bayaran untuk takaful akan dimasukkan ke dalam pembiayaan (loan).

Katakan kos untuk takaful RM7,000, jadi total loan adalah sebanyak RM207K. Jadi hutang bermula RM207K dan akan susut sedikit demi sedikit apabila bayaran bulanan dilakukan. Biasanya memerlukan tempoh 2-3 tahun untuk kurang daripada RM200K. Maknanya, 2-3 tahun pertama kita hanya bayar hutang pokok takaful sahaja. Sebab tu bila terminate awal contohnya 5 tahun, pulangan surrender value yang kita dapat tu tak banyak.

Takaful ada kebaikannya. Kalau kita ambil takaful, kemudian meninggal atau cacat kekal, takaful akan cover baki pembiayaan yang belum selesai. Bergantung kepada jumlah yang kita tentukan. So kalau nak ambil takaful, tak ada masalah. Boleh ambil. Cuma kena tahu la kesannya, iaitu baki hutang lambat susut kalau jumlah takaful yang diambil tinggi.

Untuk pelanggan saya, biasanya saya cadangkan ambil takaful minimum sahaja. Kalau nak berhenti lepas setahun pun boleh. Tak ada masalah. Pulangan prinsipal pun tak terjejas.

2. Moratorium (Penangguhan Bayaran)

Faktor kedua adalah moratorium. Rasanya majoriti rakyat Malaysia ambil moratorium automatik pada 6 bulan pertama dahulu. Ada juga yang sambung lagi moratorium tambahan.

Bila ambil moratorium, sudah pasti hutang semakin bertambah. Katakan bulanan RM1,000, bila tak bayar 6 bulan, maka akan bertambah hutang sebanyak RM6,000. Sudah tentu bila terminate ASBF, surrender value yang dapat tu akan berkurang dari kiraan asal.

Masalahnya ramai yang tak sedar bank dah bagi moratorium dulu. Mereka buat-buat lupa bila sampai waktu untuk bayar balik. Lepas tu rasa diri jadi mangsa.

3. "Restructure"

Ada juga sesetengah yang sambung moratorium dengan restructure bayaran balik. Contohnya bayar pada kadar separuh daripada yang sepatutnya. Jika installment bulanan normal RM1,000 tapi mereka hanya bayar RM500 sahaja.

Kes ini lebih berat kerana masih ada yang berlanjutan sehingga hari ini. Mereka bayar setiap bulan, tetapi jumlah hutang makin bertambah. Sebabnya bayaran separuh tersebut tak cukup pun untuk bayar interest. Macam mana nak bayar pokok? Ini seakan-akan mereka menambah hutang sebanyak RM500 setiap bulan.

Jika ada kes seperti ini, lebih baik hubungi bank untuk bayar ikut kadar normal. Kalau tak, lama kelamaan semakin banyak hutang yang akan ditanggung. Ia tak akan selesai sampai bila-bila.

Kenapa selalu Viral orang kata tak untung?

Selalunya memang benda buruk yang cepat viral. Yang elok jarang nak viral. Contoh mudah kalau kita tengok kes kemalangan jalan raya. Yang kemalangan dan viral tu 2-3 buah kenderaan sahaja setiap hari. Sedangkan berjuta-juta kenderaan yang berjaya sampai ke destinasi tak viral pun.

Sama juga macam ASBF ni. Beribu-ribu yang untung dan berjaya capai matlamat memang tak viral. Orang diamkan je. Bila ada satu dua kes yang rasa macam rugi, terus viral (rasa je, belum tentu lagi rugi - Rujuk semula 3 point di atas). Paling teruk ada orang yang tak faham dan tak tahu kira, lepas tu komen macam pakar. Sedangkan dia sendiri pun tak buat ASBF. Haha.

Kesimpulan

Sebelum melabur, fahamkan dulu strategi dan teknik yang sesuai dengan matlamat kita. Buat ikut kemampuan sendiri dan jangan ikut orang lain. Setiap orang berbeza kemampuan dan matlamat hidup.

Untuk permohonan ASB Financing, boleh terus tekan link di bawah;

wasap.my/60173524066/ApplyASBF
3.6K views13:30
Abrir / Cómo
2023-01-12 12:19:41 PANDANGAN ASB 2023

Dividen ASB 2022

Kita semua sedia maklum agihan pendapatan ASB 2022 adalah lebih rendah berbanding tahun 2021. Namun jika dibandingkan dengan unit amanah lain, pulangan ASB adalah lebih baik kerana terdapat dana-dana lain yang negatif. ASB masih positif 4.6%.

Selain daripada faktor kelembapan ekonomi, Covid, dan isu politik negara yang semua sedia maklum, terdapat satu lagi faktor kenapa pulangan dividen ASB rendah pada tahun 2022. Faktor tersebut adalah Prosperity Tax (Cukai Kemakmuran).

Cukai Kemakmuran ialah langkah cukai sekali sahaja yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan dalam Bajet 2022, di mana pendapatan bercukai syarikat yang melebihi RM100 juta akan dikenakan cukai pada kadar 33%, bukannya kadar 24% seperti sebelum ini. Cukai dikenakan ke atas pendapatan bercukai syarikat dan bukan keuntungan bersihnya.

Maknanya syarikat-syarikat ini terpaksa membayar lebihan 9% cukai kepada kerajaan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ini kerana kerajaan telah berbelanja besar untuk mengatasi pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021. Jadi untuk mengganti perbelanjaan tersebut, kerajaan terpaksa mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat besar.

Dana ASB pula kebanyakannya dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat berkenaan. Apabila syarikat dikenakan cukai yang lebih tinggi, maka pulangan pelaburan yang diberikan kepada pelabur juga berkurang. Seterusnya memberikan kesan kepada dividen ASB. Jika tiada cukai ini, pasti pendapatan ASB lebih tinggi.

Rujukan berkenaan Prosperity Tax

https://www.theedgemarkets.com/article/budget-2022-these-companies-may-be-subject-oneoff-33-prosperity-tax

Masa Hadapan Dana ASB

Untuk memastikan pulangan yang lebih baik di masa hadapan, pihak PNB akan melaksanakan beberapa strategi;

1. Salah satu strategi yang akan digunakan adalah meningkatkan pelaburan di luar negara. Buat masa ini, hanya sekitar 15% sahaja dilaburkan di luar. PNB mensasarkan peningkatan pelaburan sehingga 30%.

2. PNB juga akan memfokuskan pelaburan kepada syarikat yang stabil dan mampu memberikan dividen yang tinggi.

3. Melabur dalam syarikat yang sedang meningkat naik. Contohnya seperti Mr.DIY.

Tiada lagi Prosperity Tax

Prosperity tax hanya dikenakan pada tahun 2022 sahaja. Untuk tahun 2023 tidak akan dikenakan. Jadi syarikat-syarikat besar sudah pasti dapat memberikan pulangan pelaburan yang lebih baik. Jika syarikat dapat jimatkan 9% tax, kita pelabur ASB dapat extra 2-3% dividen pun dah ok sangat kan.

Ramalan 2023

Kajian firma-firma pelaburan mendapati terdapat potensi peningkatan pasaran saham Malaysia pada tahun 2023.

CGS-CIMB meramalkan peningkatan pasaran saham tahun 2023
https://www.bernama.com/en/business/news.php?id=2153175#:~:text=KUALA%20LUMPUR%2C%20Jan%204%20(Bernama,against%201%2C495%20at%20end%2D2022.

Rakuten Trade juga meramalkan peningkatan
https://www.theedgemarkets.com/node/650118

MIDF Research juga meramalkan peningkatan
https://www.theedgemarkets.com/article/midf-expects-klci-breach-1700-points-end2023-after-fed-pivot

Tindakan Pelabur

Bedasarkan penerangan tersebut, nampak macam ada sinar harapan untuk pulangan ASB semakin baik pada tahun ini. Sebagai pelabur, kita harus bagi peluang kepada PNB untuk menguruskan wang kita. Kita bagi chance setahun lagi. Kita tengok macam mana pulangan pada hujung tahun nanti. Kalau tak ok juga, boleh cuba option lain tahun hadapan.

Berdasarkan prestasi 2022, kita tak rugi pun. Cuma untung sedikit sahaja. Kalau kita nak keluarkan dan melabur tempat lain, belum tentu lagi untung dan risiko kerugian lebih tinggi. Menyimpan di ASB dijamin duit kita tidak akan susut kerana harga Unit kekal RM1.00. Lebih baik untung sedikit daripada rugi dan hilang modal. Bagi pelabur yang buat ASBF, kenalah ikut strategi yang betul.

Sekian, Terima Kasih.
4.7K views09:19
Abrir / Cómo
2023-01-01 03:55:55 PEMBAYARAN DIVIDEN 2022

Bayaran agihan pendapatan ASB 2022 akan dikreditkan ke dalam akaun ASB pada 1/1/2023. Pengeluarkan pula boleh dibuat bermula 3/1/2023. Semua boleh lihat menggunakan apps myASNB. Tak perlu buang masa pergi bank atau pejabat ASNB.

Pengagihan Pendapatan 4.6%

Pengagihan pendapatan 4.6% merangkumi dividen 3.35% (NORMAL REINVESTMENT) dan bonus 1.25% (SPECIAL REINVESTMENT). Contohnya, jika dalam akaun ASB ada RM100,000, kiraan secara terus;

4.6% x 100,000 = RM4,600

Bayaran tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun ASB ahli dalam dua transaksi yang berasingan pada hari yang sama. Ini menyebabkan ramai orang tak faham. Ramai akan hairan kenapa dividen dapat sedikit bila tengok transaksi. Sebenarnya ada lagi transaksi lain yang masuk. Kadang-kadang dia tak perasan.

1. Dividen 3.35% (Normal Reinvestment)

3.35% x 100,000 = RM3,350

2. Bonus 1.25% (Special Reinvestment)

1.25% x 100,000 = RM1,250

Jumlah = 3,350 + 1,250 = RM4,600✓

*Bonus Khas 0.5%* (Special Bonus Dividend)

Bonus khas ini terhad kepada 30,000 unit pertama sahaja. Kalau dalam akaun ada 1 juta sekalipun, hanya dikira;

0.5% x 30,000 = RM150 maksimum.

Kalau duit ada RM10,000,

0.5% x 10,000 = RM50.

So akan ada 3 transaksi akan masuk ke dalam akaun ASB pada 1/1/2023 nanti. Tengok betul-betul. Jangan gelabah.

Sekian.

Untuk permohonan ASBF 2023 boleh terus wasap ke;

wasap.my/60173524066/ApplyASBF2023
5.0K views00:55
Abrir / Cómo
2022-12-22 04:37:19 PENGUMUMAN DIVIDEN ASB

Baru-baru ni kita dikejutkan dengar khabar angin dividen ASB akan lebih rendah berbanding tahun lepas. Ramai yang gelabah. Saya juga menerima banyak pm & mohon maaf pada yang saya tak sempat respon.

Sebab tu pentingnya melabur dengan ilmu & tahu pelaburan yang kita buat. Seperti yang kita semua tahu, pelaburan ASB financing ni melibatkan bank profit (interest) yang dikenakan oleh pihak bank.

Macam mana kita nak tahu pelaburan kita untung atau rugi? Berapa kadar minimum dividen ASB 2022 supaya kita tak rugi?

Jawapannya terletak pada kadar dividen vs interest. Perlu ingat, selagi dividen melebihi interest memang kita akan untung.

Interest ASBF setiap pelabur adalah berbeza-beza. Saya kongsikan perbandingan secara umum sahaja untuk tujuan pembelajaran.

Contoh situasi kes bagi pelabur yang bermula dari Januari hingga Disember 2022.

Seperti semua sedia maklum, pada bulan Januari, kadar interest bersamaan 3.40%. Bank negara telah menaikkan OPR sebanyak 0.25% sebanyak 4 kali pada bulan Mei, Julai, September dan November. Berikut adalah kadar mengikut bulan:

Januari 2022 = 3.40%
Februari 2022 = 3.40%
Mac 2022 = 3.40%
April 2022 = 3.40%
Mei 2022 = 3.65%
Jun 2022 = 3.65%
Julai 2022 = 3.90%
Ogos 2022 = 3.90%
September 2022 = 4.15%
Oktober 2022 = 4.15%
November 2022 = 4.40%
Disember 2022 = 4.40%

Purata
45.80 ÷ 12 bulan = 3.82%

Purata interest bank pada tahun 2022 bagi pelabur yang bermula pada bulan Januari 2022 adalah sebanyak 3.82%.

Jadi jika interest yang diumumkan lebih tinggi daripada 3.82%, bermakna pelabur sudah untung. Sebab tu selalu saya tekankan kepada bakal pelabur supaya melabur dengan ilmu & faham pengiraan ASBF.

Pengumuman dividen pukul 11 pagi ya. Doakan yang baik-baik
5.8K views01:37
Abrir / Cómo
2022-12-22 04:36:48
4.8K views01:36
Abrir / Cómo
2022-12-17 05:37:00 TIPS ASB FINANCING 2023
----------------------------------
Jangan mohon ASBF dengan bank yang kita suka atau sebab kita ada akaun dengan bank tersebut, tetapi cari bank dengan tawaran ASBF rate semasa yang rendah dan tempoh maksimum 40 tahun.

Ambil tahu tentang takaful ketika mohon ASBF, samada kita nak ikat tempoh minimum atau maksimum. Ini akan memberi kesan tempoh jangka panjang pembiayaan ASBF nanti.

Pastikan ada simpanan yang cukup serta pendapatan tetap sebelum buat ASBF. Takut kalau ada emergency nanti, takda la terlepas payment bulanan.

Pastikan ada perancangan tempoh jangka panjang dan pendek untuk ASBF. Rancang berapa lama nak buat, berapa pulangan sasaran dan sebagainya.

Gunakan teknik compounding untuk dapatkan pulangan yang lebih. Sekiranya tiada keperluaan, biarkan dividen tahunan di akaun ASB supaya dividen tahun seterusnya nanti akan dikira berdasarkan dari nilai (Sijil ASBF + Dividen terkumpul) di ASB.

-----------------------------------
Nak saya guide tips lain lagi secara percuma?

wasap.my/60173524066/GuideASBF2023
5.3K views02:37
Abrir / Cómo